Sunday 9 December 2018

Alat Artikulasi


Alat Artikulasi Bahasa Melayu STPM Kertas 1 (910/1)

1.       PENGENALAN
· Setiap kali bertutur, kita menghasilkan bunyi perkataan, yang dipanggil bunyi bahasa.
· Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat yang terdapat pada diri manusia, dikenali sebagai alat artikulasi, alat sebutan/penyebutan, alat pertuturan, atau organ pertuturan.

2.       KONSEP ALAT ARTIKULASI
· Alat artikulasi ialah alat yang terlibat dalam proses pertuturan manusia.
· Terdapat alat artikulasi yang berperanan lain selain untuk bertutur, iaitu untuk makan (bibir, gigi, dan lidah), dan bernafas (paru-paru).
· Masalah atau kerosakan pada alat artikulasi boleh mengganggu penyebutan seperti wujudnya kelainan bunyi.


3.        JENIS ALAT ARTIKULASI

(a)    Pengeluar
· Pengeluar atau artikulator = alat sebutan yang dapat digerak-gerakkan dan diletakkan pada beberapa kedudukan. Pengeluar Fungsi Bibir bawah Dapat bergerak ke bibir atas Gigi bawah Dapat bergerak ke gigi atas Lidah Dapat naik dan turun di dalam rongga mulut Lelangit lembut Dapat bergerak ke atas dan ke bawah Anak tekak Dapat bergerak ke arah dinding tekak Pita suara Dapat terbuka atau tertutup semasa udara melaluinya

(b)    Daerah Pengeluaran
· Daerah pengeluaran dikenali juga sebagai titik artikulasi atau daerah artikulasi = tempat yang tetap atau statik
· Kebanyakan alat ini terletak di bahagian sebelah atas rongga mulut.

  FONOLOGI: ALAT ARTIKULASI

 · Dikenali sebagai titik atau daerah kerana menjadi tempat pertemuan/persentuhan dengan pengeluar dalam proses pengeluaran bunyi bahasa. Titik Artikulasi Fungsi Bibir atas Tempat persentuhan dengan bibir bawah Gigi atas Tempat persentuhan dengan gigi dan bibir bawah Gusi atas Tempat persentuhan dengan hujung / depan lidah Lelangit keras Tempat persentuhan dengan tengah lidah Peti suara Tempat terletaknya pita suara (c) Rongga Pertuturan
· Rongga pertuturan = ruang laluan udara yang datangnya dari paru-paru dalam proses menghasilkan bunyi Bahasa
 · Terdapat tiga rongga – rongga tekak, rongga mulut, dan rongga hidung.



4. HURAIAN TENTANG ALAT ARTIKULASI


                 (a) Bibir
                  · Bibir ialah otot-otot kenyal yang terletak di luar rongga mulut.
                  · Manusia mempunyai dua bibir, tetapi bibir bawah sahaja yang boleh bergerak -                                     dirapatkan ke bibir atas.
                  · Apabila dua bibir dihamparkan dan dibundarkan, terhasillah bunyi vokal.
                  · Sekiranya bibir dirapatkan dan direnggangkan serta-merta, terhasil pula bunyi konsonan                      letupan bibir [p] dan [b], konsonan sengau dua bibir [m], dan konsonan separuh vokal                          [w].
1.      
                         (b) Lidah
· Lidah alat pertuturan yang paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
· Lidah dibahagikan kepada empat bahagian: · hujung lidah · depan lidah · tengah lidah · belakang lidah.
· Hujung lidah bahagian yang paling aktif dan bebas –
 · dapat diangkat ke gigi dan gusi atas, lelangit lembut dan lelangit keras
 · dapat membuat penyekatan tertentu, yang membolehkan bunyi konsonan dihasilkan. · Bahagian depan, tengah dan belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi vokal dan konsonan.

      (c)     Lelangit.
· Lelangit terdiri daripada lelangit keras dan lelangit lembut.
· Lelangit keras:
· Bermula dari sempadan gusi di bahagian atas hadapan rongga mulut, berbentuk melengkung, dan bertentangan dengan depan lidah.
· Lelangit keras menerima kehadiran bahagian tengah lidah untuk menghasilkan bunyi konsonan lelangit keras, iaitu letusan [č] dan [ĵ], sengauan [ ɲ], geseran [š], dan separuh vokal [y].
· Lelangit lembut:
· Bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut, iaitu bersempadan dengan anak tekak.
· Lelangit lembut dapat digerakkan, iaitu dinaikkan atau diturunkan.
· Apabila lelangit lembut dinaikkan dari bahagian belakang lidah, rongga mulut terbuka dan rongga hidung tertutup, akan terhasillah bunyi letupan [k] dan [g], dan geseran [x] dan [ɤ].
· Apabila lelangit lembut diturunkan hingga menyentuh bahagian belakang lidah, rongga hidung terbuka dan rongga mulut tertutup, menghasilkan bunyi konsonan lelangit lembut, iaitu sengauan [ŋ].

      (d)    Anak tekak
· Anak tekak terletak berhampiran rongga tekak, bersempadan dengan lelangit lembut. · Dapat digerak-gerakkan ke atas dan ke bawah.
· Sekiranya alat ini diturunkan, rongga mulut tertutup dan rongga hidung terbuka.
· Sekiranya anak tekak dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak, rongga hidung akan ditutup.
· Pergerakan anak tekak hampir serentak dengan lelangit lembut tetapi fungsinya berlawanan:
· Apabila lelangit lembut menutup rongga mulut, anak tekak turun untuk membuka rongga hidung
· Ketika lelangit lembut membuka rongga mulut, anak tekak naik untuk menutup rongga hidung.

      (e)    Gigi
· Gigi terletak selepas bibir di dalam rongga mulut.
· Bersama-sama dengan gusi selalunya digunakan sebagai penampan aliran udara, khususnya dengan hujung lidah.
· Gigi terdiri daripada gigi atas dan gigi bawah.
· Gigi bawah boleh digerakkan, tetapi gigi atas statik.
· Gigi bawah dan gigi atas mengapit hujung lidah ketika penghasilan bunyi konsonan geseran [θ]dan [ð].
· Gigi atas berinteraksi dengan bibir bawah untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran bibir-gigi [f] dan [v].

      (f)      Gusi
· Gusi berfungsi memegang gigi, terletak selepas gigi atas dan sebelum lelangit keras.
· Beberapa bunyi konsonan terhasil daripada interaksi gusi dengan hujung lidah, iaitu sisian [l], geseran [s] dan [z], letupan [t] dan [d], konsonan sengau [n] dan getaran [r].

      (g)    Peti Suara dan Pita Suara
· Peti suara = struktur otot rawan yang terletak di bahagian atas rongga tekak, berhampiran dengan halkum.
· Di dalam peti suara ini terletak pita suara, iaitu sepasang otot yang boleh direnggangkan dan disempitkan.
· Ruang di antara dua otot ini dipanggil glotis, iaitu bahagian yang mengawal arus udara.
· Suara terhasil apabila pita suara atau glotis disempitkan dan bahagian tepinya bergetar; manakala bisikan terjadi apabila glotis disempitkan dan kemudiannya ditegangkan untuk menahan berlakunya getaran.
· Pita suara berfungsi menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara. Apabila pita suara bergetar, terhasillah bunyi bersuara, dan sebaliknya.
· Pita suara juga dipanggil “glotal”, yang boleh menghasilkan bunyi konsonan letupan glotis [ʔ] dan geseran [h].

      (h)    Rongga Hidung
· Rongga hidung terletak di atas rongga mulut.
· Rongga ini boleh dibuka dan ditutup oleh anak tekak.
· Sekiranya rongga hidung ini terbuka, arus udara yang melaluinya dan keluar melalui lubang hidung akan menghasilkan bunyi konsonan sengau serta vokal [a] dan [i] sengau. 

(i) Rongga Tekak
· Rongga tekak terletak di bawah rongga hidung, dan bersambung dengan rongga mulut.
· Udara dari paru-paru melalui rongga ini sebelum masuk sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. 

(j) Rongga Mulut
· Rongga mulut memuatkan banyak alat artikulasi – gigi, gusi, lelangit lembut dan lelangit keras, anak tekak, dan lidah.
· Rongga mulut dibuka apabila belakang lidah diturunkan daripada lelangit lembut, dan sebaliknya ditutup apabila belakang lidah menyentuh lelangit lembut.

                  (k) Alat lain:
· Dinding Tekak – sempadan di bahagian belakang rongga tekak; laluan udara sebelum masuk ke rongga mulut atau ke rongga hidung
· Paru-paru – dari sini datangnya udara yang keluar semasa penutur menghembuskan nafas melalui rongga hidung.

Gambar rajah: Kedudukan alat artikulasi Bibir bawah Bibir atas Pita suara Gigi bawah Lidah Lelangit keras Gigi atas Lelangit lembut Anak tekak Gusi atas Rongga mulut Rongga tekak Rongga hidung Dinding tekak








No comments:

Post a Comment

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...