Wednesday, 20 November 2019

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)



APA ITU GOOGLE DOCS????


A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                

 Google Docs merupakan sebuah web yang berbentuk office suite yang bergabung dengan layanan Google Drive. Google Docs diperkenalkan pada 12 januari 2010 sebagai aplikasi penyimpanan dengan memberikan ruang penyimpanan sebesar 1GB. Kemudian ruang penyimpanan tersebut dipertingkatkan kepada kapsiti 15GB. Pada 24 April 2012, Google Drive muncul dan menggantikan peranan Google Docs sebagai penyimpanan online. Google Docs berfokus hanya pada pengolahan dan pengurusan dokumen. Google Docs boleh digunakan untuk mngolah, membuat dan menyimpan dokumen secara online

B. KOMEN MENGENAI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI YANG TERKANDUNG.

Dengan menggunakan Google Docs, segala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna dan amat sesuai di alam maya dimana negara kita yang kini berada pada abad ke21 ini. Segala kerja menjadi mudah dengan penggunaan teknologi ini. Teknologi menjadi sesuatu yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi sumber utama dalam pembelajaran kini. Segala aktiviti seperti memberikan kuiz, nota, atau permainan menggunakan silibus yang diajarkan dijalankan menggunakan aplikasi teknologi. Dengan adanya Google Docs, memudahkan urusan guru untuk menyediakan apa jua aktiviti kepada pelajar dalam kelas, dan pelajar hanya perlu membuka Google docs yang dikongsi oleh guru untuk membuat aktiviti tersebut, selain itu,guru juga tidak perlu membebankan diri dan mengeluarkan duit mereka bagi mencetak bahan pengajaran atau aktiviti kelas untuk diberikan kepada setiap pelajar.

        i.         Kaitkan penggunaan aplikasi teknologi yang dipilih dengan stail pembelajaran
                Seperti yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai teori ini dipelopori oleh Howard Gadner iaitu kecerdasan linguistik, logikal atau sebab, intrapersonal, interpersonal, kinestatik, ruang, matematik dan berbentuk visual. Google Docs ini memberi kebaikan dan manfaat kepada pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai kecerdasan visual yang memerlukan pembelajaran yang berbentuk grafik,ilustrasi, gambar-gambar, video serta tulisan yang menarik bagi meresap terus apa yang dipelajarinya. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersistematik, mudah, ringkas dan menarik, ini adalah kerana pelajar diajarkan dengan penggunaan slaid, gambaran dan diikuti dengan penerangan oleh guru supaya pelajar lebih memahami topik yang diajarkan dan secara langsung pelajar tidak akan merasa jemu dan mengalakkan mereka melibatkan diri dengan aktif melalui kuiz, atau soalan yang disediakan dalam google docs. Mereka akan tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukan.
      ii.         Kaitkan penggunaan google docs dengan HOTS (Higher Order Thinking Skills)
                      HOTS bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi, ia merupakan sesuatu cara untuk menguji pelajar bagi menilai dan menganalisis sesuatu maklumat selaras dengan konsep Taxanomi Bloom yang terdapat 6 aras aras pembelajaran. Teknik HOTS dalam pengajaran melalui aplikasi Google Docs, mengalakkan aktiviti penilaian aras tinggi iaitu melalui perbincangan aktiviti pemikiran yang disediakan dalam Google Docs. Ia juga bagi membantu pelajar menghubungkan pendapat mereka secara berkesan kerana perkongsian bahan aktiviti yang diberikan, iaitu, pelajar lain boleh berfikir dan memberikan komen terhadap hasil kerja yang dibuat oleh pelajar lain.
Dalam pembelajaran pula, kemahiran berfikir bergantung kepada kandungan pengisian yang terdapat dalam google docs. Guru atau pelajar boleh menyediakan soalan bergantung kepada tahap keupayaan pelajar samada memilih soalan yang tinggi atau mudah. Guru juga boleh meminta pelajar untuk membina pemikiran baru atau pemikiran diluar kotak berdasarkan bahan pengajaran yang terdapat dalam Google Docs, secara tidak langsung, pelajar dapat mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti pemikiran yang dimasukkan dalam aplikasi tersebut dan melakukan perbincangan untuk berkongsi idea mereka seterusnya dapat membina pengetahuan baru melalui aktiviti dalam Google Docs.
     ✋ iii.        Kaitkan penggunaan aplikasi teknologi yang dipilih dengan kemahiran sosial pelajar.
Guru dan pelajar dapat berkolaborasi dan memberikan kerjasama melalui aktiviti yang dijalankan atas talian Google Docs, dan secara tidak langsung guru serta pelajar dapat berkomunikasi mengeluarkan pendapat masing-masing samada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun atas talian. Ia bagi meningkatkan lagi interaksi samada pelajar dengan pelajar lain,atau guru dengan pelajar. Sementelahan itu, kemahiran sosial dapat dibina melalui perbincangan latihan atas talian, dan membolehkan pelajar untuk mencari terus tentang sesuatu maklumat dengan aplikasi Google serta membolehkan maklumat itu terus di “copy and paste” di dalam Google Docs aktiviti yang dibincangkan. Perkongsian bahan serta informasi juga boleh dilakukan dengan mudah melalui talian. Ia menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif kerana wujudnya kerjasama dan bimbingan dari guru serta pelajar. Penggunaan aplikasi ini boleh dilakukan dimana sahaja asalkan mempunyai jaringan internet yang bagus serta laju.

C) BAGAIMANAKAH APLIKASI TERSEBUT MEMBANTU ANDA DALAM MENCAPAI HASIL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



                                        😎   i.        Bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti kelas.
Aplikasi “Google Docs” dapat membantu para pelajar untuk melakukan ataupun menyiapkan sesuatu aktiviti kelas yang diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan aplikasi sebegini para pelajar dapat menyiapkan tugasan mereka dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengambil masa yang agak lama kerana melalui Google Docs pelajar boleh berkongsi Link kepada pelajar lain dalam kelas bagi memberikan komen atau membuat penambahbaikan terhadap aktiviti tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Dengan ini memudahkan pelajar untuk berkolabrasi dengan pelajar mahupun guru mereka.

                         😎   ii.        Dapat berkongsi informasi dengan lebih mendalam           
Dengan menggunakan aplikasi “Google Docs”, guru dapat memberikan maklumat ataupun sesuatu informasi dengan lebih mendalam agar pelajar di dalam bilik darjah dapat memahami sesuatu topik yang dipelajari sepenuhnya semasa proses PdPc. Selain itu, para pelajar juga dapat membaca dan memahami nota-nota yang digunakan oleh guru melalui gambar, video yang ditunjukkan dalam Google Docs, maka dengan itu para pelajar dapat menyalin semula isi-isi yang penting mengenai topik yang telah dipelajari. Selain itu, pelajar juga boleh menyimpan dan membuat rujukan dalam files di Google Docs pada bila-bila masa yang dikehendaki dan dimana jua.



D. KEKANGAN ATAU CABARAN.

💖   Guru Kurang Kemahiran Menggunakan Google Docs
 Terdapat sebahagian  guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan perkembangan teknologi ICT seperti penggunaan google doc. Ledakan teknologi pendidikan member cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, E-learning dan sebagainya. Penggunaan teknologi pendidikan seperti google doc dalam sekolah-sekolah telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan dalam P&P.

                                      💖    Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
            Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Oleh itu, penggunaan google docs juga mengahadapi kekangan dalam penggunaanya di dalam bilik darjah. Masalah ini memang telah lama berlaku, bukan kerana tiada kemudahan peralatan ICT tidak disediakan oleh kerajaan, tetapi sekiranya peralatan mengalami masalah atau kerosakan, proses penyelenggaraannya memakan masa terlalu lama atau pun terbiar terbengkalai begitu sahaja.  Ini menyebabkan segala rancangan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.  Jadi terpaksalah guru menggunakan alat bantu mengajar yang lain, seperti kaedah ‘chalk and talk.
                     
                💖   Memerlukan sambungan internet.
            Faktor ketidakseimbangan masyarakat dari segi taraf hidup, sumber pendapatan, tahap pendidikan, kemudahan infrastruktur, tahap urbanisasi dan sebagainya turut memberi impak kepada kemajuan ICT dan digital. Sebagai contoh, ia telah mewujudkan jurang ICT dan digital yang amat ketara terutamanya di luar bandar dan di antara kaum yang berbeza. Hasil daripada jurang yang wujud, kesukaran memastikan integrasi ICT termasuklah penggunaan google docs yang memerlukan liputan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara sama rata kepada semua pelajar mahupun guru agak sulit untuk direalisasikan. Sekolah yang terletak di luar bandar dan jauh dari internet agak sukar untuk menggunakan google docs di sebabkan tiada liputan internet.

                                               💖   Kekangan Masa Dalam Menghabiskan Silibus
          Antara alasan tidak menggunakan kemudahan ICT seperti google docs dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru adalah kerana masa yang diambil untuk melayari dan mengakses maklumat daripada sumber maya agak lama sedangkan masa yang diperuntukkan bagi menghabiskan silibus sesuatu mata pelajaran adalah agak terhad walaupun mereka sentiasa bersedia untuk menggunakan kemudahan tersebut.

 E. MANFAAT ATAU KELEBIHAN.

   i.       Dapat Mengedit File-File Dokumen Tanpa Aplikasi Di  Komputer
  Kelebihan utama dari Google Docs ini adalah kita dapat membuka dan mengedit file-file dokumen tanpa harus menggunakan aplikasi di komputer. Sebelum Google Docs dibuat, kita harus membuka file dokumen hanya melalui komputer. Malah sebelum itu file dokumen yang boleh kita buka hanya dari aplikasi daripada Microsoft. Jadi, apabila kita membuat file dokumen selain daripada Microsoft, kita akan mengalami kesukaran untuk membuka malah mengeditnya. Begitu juga dengan file yang berbentuk PDF, kita hanya boleh membukanya pada aplikasi-aplikasi yang khusus membuka file PDF di komputer seperti Adobe Reader dan sebagainya. Namun, sejak adanya Google Docs ini kita tidak perlu memasang aplikasi satu-satu di Komputer atau smartphone hanya untuk membuka berbagai file dokumen. kamu  hanya aktifkan akaun Google pada browser dan kamu sudah dapat menggunakan Google Docs ini. Bukan sahaja melihat file dokumen tetapi Google Docs ini dapat digunakan untuk mengedit file dokumen tersebut.
                  ii.        Dapat Digunakan Untuk Convert File Dokumen Ke PDF

            Untuk melakukan convert file dokumen ke PDF biasanya kita memerlukan sebuah aplikasi khas. Aplikasi ini umumnya juga hanya boleh dilakukan pada PC sahaja dan ukurannya sangat besar. Oleh itu, dengan adanya Google Docs ini, kita tidak perlu memasang aplikasi tertentu hanya untuk melakukan convert. Google Docs ini juga termasuk ke dalam cara convert word ke PDF tanpa software. Kita hanya perlu  memunggah file dokumen yang diinginkan. Setelah itu, bukalah file dokumennya lalu klik “File” lalu pilih “Save As” jika kamu menggunakan Google docs pada Andoroid. Sedangkan jika kamu menggunakan PC, klik “File” dan pilih “Download as PDF Document (*pdf)”. Secara terus, file dokumen akan bertukar menjadi file PDF.

                  iii.        Dapat Mengubah File Gambar Ke PDF

            Kita dapat mengetahui cara merubah file JPG ke PDF di Android dan komputer tanpa memasang aplikasi. Cara untuk melakukannya pun sangat mudah. Pertama-tama kita perlu masukan gambar ke Aplikasi Microsoft Word atau sejenisnya. Setelah itu, simpan fail tersebut dan beri nama sesuai dengan keperluan. Seterusnya adalah buka Google Docs pada browser lalu muat naik file word tadi. Kemudian, buka file word yang sudah dimuat naik sebelumnya dan Download sebagai PDF seperti cara kedua dan ketiga.


                iv.    Mempunyai ciri-ciri Pemeriksa Ejaan

            Fungsi Google Docs ini adalah terdapat ciri-ciri pemeriksa ejaan. Dengan adanya ciri pemeriksa ejaan ini. Anda tidak perlu risau jika ada perkataan yang tidak sesuai dengan  Ejaan Yang Dibetulkan. Cara sangat mudah. Itulah fungsi Google Docs yang sebaiknya anda ketahui. Boleh dikatakan dengan adanya Google Docs, Kita tidak perlu risau untuk melakukan pengeditan atau melihat fail-fail dokumen di komputer maupun di Android dan yang penting adalah dengan adanya akses internet, maka anda sudah dapat menggunakan Google Docs ini.
               v.        Percuma.

Aplikasi google docs ini adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang caj bagi penggunaan. Ia adalah sesuatu yang mudah dan segala maklumat disimpan secara automatik tanpa menekan butang

NOTA DAN LATIHAN DALAM GOOGLE DOCS.





👀  BUKTI LAMPIRAN GAMBAR- GAMBAR GOOGLE DOCS
















No comments:

Post a Comment

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...