Tuesday 4 December 2018

asal usul dan salahsilah melayu


Asal usul Bahasa melayu

Rumpun Bahasa Melayu.

                 Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.  Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
 

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Molo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644645    Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu. 
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama ITsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 



Salahsilah Bahasa Melayu

1.Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. 






1. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersamasama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). 
 2.Bahasa Melayu termasuk dalam bahasabahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
3. Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ) ملايو ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. 
4. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.
5.Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.  
6.Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasabahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara.
7.Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.
8.Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia. 
9.Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. 
10.Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. 
11.Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh pendudukpenduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
12.Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. 
13. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. 
14. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. 





Perkembangan Bahasa Melayu

Terdapat 3 tahap yang dibahagikan oleh ahli Bahasa iaitu:
  1. Bahasa melayu kuno
  2. Bahasa melayu Klasik
  3. Bahasa Melayu Moden


Melayu KUNO?

 * Merupakan keluarga bahasa Nusantara 
 *Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. 
* Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. 
* Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: 
* Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.  
* Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat  
* Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. 
 
~Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. 

~Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
 1.Pengaruh agama Hindu  
2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.  
3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. 
 

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)  
2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)  
3. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)  
4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) 
 
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 

 Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:  
1.Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit  
2. Susunan ayat bersifat Melayu  
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)  
4. bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)   
5.Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas)  Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)   
6.Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)   
7.Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semuasamuha, saya: sahaya) 
 

Bahasa Melayu Klasik   

- Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: 
1. Zaman kerajaan Melaka  
2. Zaman kerajaab Acheh  
3. Zaman kerajaan Johor-Riau   

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 

Ciri-ciri bahasa klasik:
 
1. ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.  
2. banyak ayat pasif   
3.menggunakan bahasa istana   
4.kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)   
5.banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.  
7. ayat songsang  
8. banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''  



Bahasa Melayu Moden:

-Bermula pada abad ke-19. 
-Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.  
-Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.  
-Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. 
- Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  
-Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
- Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.


No comments:

Post a Comment

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...