Sunday 9 December 2018

Fonologi


 Fonologi: Konsep Bahasa Melayu STPM Kertas 1 (910/1)

1.       FONOLOGI

· Cabang ilmu bahasa atau kajian bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
· Fonologi terdiri daripada fonetik dan fonemik.

1.1   Fonetik:
· bidang yang mengkaji bunyi bahasa dan memberikan lambang kepada bunyi bahasa tersebut
· Fonetik terbahagi kepada tiga cabang:
· Fonetik artikulasi / penyebutan = meneliti cara bunyi bahasa dihasilkan
· Fonetik pendengaran = mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa dengan menggunakan alat-alat yang canggih, dan membuat deskripsi.
· Fonetik akustik / sifat bunyi = mengkaji sifat-sifat fizikal pada bunyi bahasa, dan membuat klasifikasi, dengan menggunakan alat-alat tertentu, antaranya palatogram.

1.2   Fonemik:
 · cabang fonologi yang menganalisis sistem sesuatu bahasa, untuk mengenal pasti fonem dan menghasilkan tulisan atau ejaan untuk bahasa berkenaan.

2.        KONSEP BUNYI

· Bunyi ialah gelombang udara yang keluar daripada saluran suara.
· Bunyi yang dimaksudkan ialah bunyi bahasa/ bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia ketika berkata-kata.
· Bunyi bahasa diujarkan dalam bentuk berentetan atau tidak putus, tetapi dalam kajian fonologi, bunyi tersebut dipecahkan menjadi unit kecil – dipanggil fon atau bunyi penggalan – untuk memudahkan pemahaman.
· Bunyi yang terhasil bukan ketika berkata-kata, walaupun melibatkan alat pertuturan, tidak temasuk sebagai bunyi bahasa, seperti berdeham, bersih, batuk, atau berdengkur.
· Dalam kata lain, bunyi bahasa ialah sebutan bunyi huruf yang keluar ketika manusia bercakap. Contohnya, ketika menyebut perkataan cantik, yang terhasil ialah enam bunyi bahasa, iaitu [c], [a], [n], [t], [i], [k].
· Bunyi bahasa terdiri daripada vokal, konsonan dan diftong.


 FONOLOGI: KONSEP DALAM FONOLOGI

3.        KONSEP FONEM

· Fonem merupakan unit bahasa terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa dan dapat membezakan makna.
· Fonem membezakan makna kerana wujudnya perbezaan bunyi antara dua fornem yang berlainan. Dengan fonem yang berbeza, maknanya turut berbeza.
· Terdapat fonem yang mempunyai alofon = anggota lain fonem yang ciri fonetiknya sama tetapi bunyinya agak berlainan apabila hadir pada lokasi yang berbeza. Perbezaan wujud antara yang hadir pada permulaan suku kata dengan yang menjadi penutup suku kata. Antara contohnya ialah Fonem dan kedudukannya Perbezaan bunyi b d j m baru labu dua indah jual laju malu lama Dihasilkan atau dilepaskan dengan sempurna, hablur maktab tadbir had majmuk buruj tampi kelam Dihasilkan atau dilepaskan dengan tidak sempurna – tertahan atau tersekat
· Sebagai unit terkecil, fonem tidak dapat dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil. Contohnya, perkataan satu boleh dipecahkan kepada fonem – s, a, t, dan u, tetapi setiap fonem itu sudah tidak boleh dipecahkan lagi.
· Secara mudah, fonem ialah bunyi yang dihasilkan ketika manusia bertutur.

4.       KONSEP HURUF

· Huruf ialah kod, tanda, atau lambang dalam tulisan yang digunakan oleh manusia untuk menggambarkan sesuatu fonem atau bunyi yang dihasilkan oleh alat pertuturan.
· Dalam sistem tulisan Rumi bahasa Melayu, terdapat 26 huruf, iaitu 5 huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Huruf Fonem Bunyi Simbol Nama (sebutan) A a e /a/ [a] B b bi /b/ [b] C c si /c/ [c] D d di /d/ [d] E e i /e/ [e] F f ef /f/ [f]

Konsep fonologi

G g ji /g/ [g]                      H h ec /h/ [h]               I i ai /i/ [i]             J j je /j/ [j]              K k ke /k/ [k] L l el /l/ [l]                    M m em /m/ [m]           N n en /n/ [n]          O o o /o/ [o]             P p pi /p/ [p] Q q kiu /q/ [k]                  R r ar /r/ [r]                  S s es /s/ [s]            T t ti /t/ [t]             U u yu /u/ [u] V v vi /v/ [v]               W w dabliu /w/ [w]        X x eks /z/ [z]          Y y wai /y/ [y]        Z z zet /z/ [z]

· Huruf Rumi bahasa Melayu wujud dalam empat keadaan, sebagaimana yang berikut:
· Satu huruf melambangkan satu bunyi atau fonem, iaitu a hingga z seperti dalam jadual di atas.
· Kecualian: Huruf e melambangkan dua fonem mulai 1972, iaitu e taling (e) dan e pepet (ǝ). 
· Gabungan dua huruf konsonan untuk satu bunyi, umpamanya bunyi asli ng dan ny, dan bunyi pinjaman gh, sy dan kh.
· Gabungan dua huruf vokal untuk menghasilkan bunyi geluncuran, iaitu ai, au dan oi. Huruf Fonem Bunyi ng /ng/ [ ŋ ] ny /ny/ [ ɲ ] gh /gh/ [ ɣ ] kh /kh/ [ x] sy /sy/ [ š] ai /ai/ [ai] au /au/ [au] oi /oi/ [ oi]

5.        KONSEP SUKU KATA

· Suku kata ialah bahagian atau pecahan perkataan yang ditandai oleh kehadiran satu vokal (V). 
· Vokal itu boleh wujud dalam dua keadaan:
         1.  Bersendirian – boleh berfungsi sebagai satu suku kata, seperti pada perkataan a-ku, fa-edah, du-a, dan sebagainya.
         2. Bersama-sama dengan konsonan (K), sama ada mendahului konsonan, mengikuti konsonan atau diapit oleh dua konsonan.

 · Dari segi ejaan, terdapat sebelas pola suku kata bahasa Melayu. Pola Contoh
(1) V i-gau; e-mas da-e-rah di-a
(2) VK as-rama kelu-ar-ga bu-ih
(3) KV jo-ran; se-kat lem-ba-yung jan-ji
(4) KVK sam-pai - ce-lup
(5) KKV pro-ses - in-dus-tri
(6) KKVK trak-tor - e-lek-tron
(7) VKK eks-port - -
(8) KVKK bank - kon-teks
(9) KKVKK - - kom-pleks
(10) KKKV stra-tegi - -
(11) KKKVK struk-tur - -

· Pola (1) hingga (4) merupakan pola umum yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Melayu.
· Pola (5) hingga (11) mengandungi huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan, dipinjam daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain.
· Empat pola merupakan pola suku kata terbuka (V, KV, KKV, dan KKKV) ialah pola yang diakhiri oleh huruf vokal
· Tujuh pola lain ialah suku kata tertutup = suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan.

No comments:

Post a Comment

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...