APA ITU GOOGLE DOCS???? |
A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.
Google
Docs merupakan sebuah web yang berbentuk office suite yang bergabung dengan
layanan Google Drive. Google Docs diperkenalkan pada 12 januari 2010 sebagai
aplikasi penyimpanan dengan memberikan ruang penyimpanan sebesar 1GB. Kemudian
ruang penyimpanan tersebut dipertingkatkan kepada kapsiti 15GB. Pada 24 April
2012, Google Drive muncul dan menggantikan peranan Google Docs sebagai
penyimpanan online. Google Docs berfokus hanya pada pengolahan dan pengurusan
dokumen. Google Docs boleh digunakan untuk mngolah, membuat dan menyimpan
dokumen secara online
B. KOMEN MENGENAI PENGAJARAN,
PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI YANG TERKANDUNG.
Dengan menggunakan Google Docs, segala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna dan amat sesuai di alam maya dimana negara kita yang kini berada pada abad ke21 ini. Segala kerja menjadi mudah dengan penggunaan teknologi ini. Teknologi menjadi sesuatu yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi sumber utama dalam pembelajaran kini. Segala aktiviti seperti memberikan kuiz, nota, atau permainan menggunakan silibus yang diajarkan dijalankan menggunakan aplikasi teknologi. Dengan adanya Google Docs, memudahkan urusan guru untuk menyediakan apa jua aktiviti kepada pelajar dalam kelas, dan pelajar hanya perlu membuka Google docs yang dikongsi oleh guru untuk membuat aktiviti tersebut, selain itu,guru juga tidak perlu membebankan diri dan mengeluarkan duit mereka bagi mencetak bahan pengajaran atau aktiviti kelas untuk diberikan kepada setiap pelajar.
Dengan menggunakan Google Docs, segala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna dan amat sesuai di alam maya dimana negara kita yang kini berada pada abad ke21 ini. Segala kerja menjadi mudah dengan penggunaan teknologi ini. Teknologi menjadi sesuatu yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi sumber utama dalam pembelajaran kini. Segala aktiviti seperti memberikan kuiz, nota, atau permainan menggunakan silibus yang diajarkan dijalankan menggunakan aplikasi teknologi. Dengan adanya Google Docs, memudahkan urusan guru untuk menyediakan apa jua aktiviti kepada pelajar dalam kelas, dan pelajar hanya perlu membuka Google docs yang dikongsi oleh guru untuk membuat aktiviti tersebut, selain itu,guru juga tidak perlu membebankan diri dan mengeluarkan duit mereka bagi mencetak bahan pengajaran atau aktiviti kelas untuk diberikan kepada setiap pelajar.
✋ i.
Kaitkan penggunaan aplikasi teknologi yang
dipilih dengan stail pembelajaran
Seperti
yang kita sedia maklum, pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai teori
ini dipelopori oleh Howard Gadner iaitu kecerdasan linguistik, logikal atau
sebab, intrapersonal, interpersonal, kinestatik, ruang, matematik dan berbentuk
visual. Google Docs ini memberi kebaikan dan manfaat kepada pelajar terutamanya
pelajar yang mempunyai kecerdasan visual yang memerlukan pembelajaran yang
berbentuk grafik,ilustrasi, gambar-gambar, video serta tulisan yang menarik
bagi meresap terus apa yang dipelajarinya. Dengan ini proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih bersistematik, mudah, ringkas dan menarik, ini adalah
kerana pelajar diajarkan dengan penggunaan slaid, gambaran dan diikuti dengan penerangan
oleh guru supaya pelajar lebih memahami topik yang diajarkan dan secara
langsung pelajar tidak akan merasa jemu dan mengalakkan mereka melibatkan diri
dengan aktif melalui kuiz, atau soalan yang disediakan dalam google docs.
Mereka akan tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukan.
✋ ii.
Kaitkan
penggunaan google docs dengan HOTS (Higher Order Thinking Skills)
HOTS bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi, ia
merupakan sesuatu cara untuk menguji pelajar bagi menilai dan menganalisis
sesuatu maklumat selaras dengan konsep Taxanomi Bloom yang terdapat 6 aras aras
pembelajaran. Teknik HOTS dalam pengajaran melalui aplikasi Google Docs,
mengalakkan aktiviti penilaian aras tinggi iaitu melalui perbincangan aktiviti
pemikiran yang disediakan dalam Google Docs. Ia juga bagi membantu pelajar
menghubungkan pendapat mereka secara berkesan kerana perkongsian bahan aktiviti
yang diberikan, iaitu, pelajar lain boleh berfikir dan memberikan komen
terhadap hasil kerja yang dibuat oleh pelajar lain.
Dalam pembelajaran pula, kemahiran berfikir bergantung
kepada kandungan pengisian yang terdapat dalam google docs. Guru atau pelajar
boleh menyediakan soalan bergantung kepada tahap keupayaan pelajar samada
memilih soalan yang tinggi atau mudah. Guru juga boleh meminta pelajar untuk
membina pemikiran baru atau pemikiran diluar kotak berdasarkan bahan pengajaran
yang terdapat dalam Google Docs, secara tidak langsung, pelajar dapat
mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti pemikiran yang
dimasukkan dalam aplikasi tersebut dan melakukan perbincangan untuk berkongsi
idea mereka seterusnya dapat membina pengetahuan baru melalui aktiviti dalam
Google Docs.
✋ iii.
Kaitkan
penggunaan aplikasi teknologi yang dipilih dengan kemahiran sosial pelajar.
Guru
dan pelajar dapat berkolaborasi dan memberikan kerjasama melalui aktiviti yang
dijalankan atas talian Google Docs, dan secara tidak langsung guru serta
pelajar dapat berkomunikasi mengeluarkan pendapat masing-masing samada semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun atas talian. Ia bagi meningkatkan lagi
interaksi samada pelajar dengan
pelajar lain,atau guru dengan pelajar. Sementelahan itu, kemahiran sosial dapat
dibina melalui perbincangan latihan atas talian, dan membolehkan pelajar untuk
mencari terus tentang sesuatu maklumat dengan aplikasi Google serta membolehkan
maklumat itu terus di “copy and paste” di dalam Google Docs aktiviti yang
dibincangkan. Perkongsian bahan serta informasi juga boleh dilakukan dengan
mudah melalui talian. Ia menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif
kerana wujudnya kerjasama dan bimbingan dari guru serta pelajar. Penggunaan
aplikasi ini boleh dilakukan dimana sahaja asalkan mempunyai jaringan internet
yang bagus serta laju.
😎 i.
Bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti
kelas.
Aplikasi
“Google Docs” dapat membantu para pelajar untuk melakukan ataupun menyiapkan
sesuatu aktiviti kelas yang diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana dengan
menggunakan aplikasi sebegini para pelajar dapat menyiapkan tugasan mereka
dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengambil masa yang agak lama kerana melalui
Google Docs pelajar boleh berkongsi Link kepada pelajar lain dalam kelas bagi memberikan
komen atau membuat penambahbaikan terhadap aktiviti tersebut mengikut
kreativiti masing-masing. Dengan ini memudahkan pelajar untuk berkolabrasi
dengan pelajar mahupun guru mereka.
😎 ii.
Dapat berkongsi informasi dengan lebih
mendalam
Dengan
menggunakan aplikasi “Google Docs”, guru dapat memberikan maklumat ataupun
sesuatu informasi dengan lebih mendalam agar pelajar di dalam bilik darjah
dapat memahami sesuatu topik yang dipelajari sepenuhnya semasa proses PdPc.
Selain itu, para pelajar juga dapat membaca dan memahami nota-nota yang
digunakan oleh guru melalui gambar, video yang ditunjukkan dalam Google Docs,
maka dengan itu para pelajar dapat menyalin semula isi-isi yang penting
mengenai topik yang telah dipelajari. Selain itu, pelajar juga boleh menyimpan
dan membuat rujukan dalam files di Google Docs pada bila-bila masa yang
dikehendaki dan dimana jua.
Terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah
tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan perkembangan teknologi ICT
seperti penggunaan google doc. Ledakan teknologi pendidikan member cabaran
baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang
masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan
teknologi baharu termasuk komputer, digital, E-learning dan sebagainya. Penggunaan
teknologi pendidikan seperti google doc dalam sekolah-sekolah telah membuka
perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat
kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi
pendidikan membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi
diadaptasikan dalam P&P.
💖 Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan
teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan
kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan
juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang
berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar
supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di
kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap
tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka. Oleh itu, penggunaan google docs juga mengahadapi kekangan dalam
penggunaanya di dalam bilik darjah. Masalah ini memang telah lama berlaku,
bukan kerana tiada kemudahan peralatan ICT tidak disediakan oleh kerajaan,
tetapi sekiranya peralatan mengalami masalah atau kerosakan, proses
penyelenggaraannya memakan masa terlalu lama atau pun terbiar terbengkalai
begitu sahaja. Ini menyebabkan segala
rancangan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dirancangkan.
Jadi terpaksalah guru menggunakan alat bantu mengajar yang lain, seperti
kaedah ‘chalk and talk.
💖 Memerlukan sambungan internet.
Faktor ketidakseimbangan masyarakat
dari segi taraf hidup, sumber pendapatan, tahap pendidikan, kemudahan
infrastruktur, tahap urbanisasi dan sebagainya turut memberi impak kepada
kemajuan ICT dan digital. Sebagai contoh, ia telah mewujudkan jurang ICT dan
digital yang amat ketara terutamanya di luar bandar dan di antara kaum yang
berbeza. Hasil daripada jurang yang wujud, kesukaran memastikan integrasi ICT
termasuklah penggunaan google docs yang memerlukan liputan internet dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara sama rata kepada semua
pelajar mahupun guru agak sulit untuk direalisasikan. Sekolah yang terletak di
luar bandar dan jauh dari internet agak sukar untuk menggunakan google docs di
sebabkan tiada liputan internet.
💖 Kekangan Masa Dalam Menghabiskan Silibus
Antara alasan tidak menggunakan
kemudahan ICT seperti google docs dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
guru adalah kerana masa yang diambil untuk melayari dan mengakses maklumat
daripada sumber maya agak lama sedangkan masa yang diperuntukkan bagi
menghabiskan silibus sesuatu mata pelajaran adalah agak terhad walaupun mereka
sentiasa bersedia untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Kelebihan utama dari Google Docs ini
adalah kita dapat membuka dan mengedit file-file dokumen tanpa harus
menggunakan aplikasi di komputer. Sebelum Google Docs dibuat, kita harus
membuka file dokumen hanya melalui komputer. Malah sebelum itu file dokumen yang
boleh kita buka hanya dari aplikasi daripada Microsoft. Jadi, apabila kita
membuat file dokumen selain daripada Microsoft, kita akan mengalami kesukaran
untuk membuka malah mengeditnya. Begitu juga dengan file yang berbentuk PDF,
kita hanya boleh membukanya pada aplikasi-aplikasi yang khusus membuka file PDF
di komputer seperti Adobe Reader dan sebagainya. Namun, sejak adanya Google
Docs ini kita tidak perlu memasang aplikasi satu-satu di Komputer atau
smartphone hanya untuk membuka berbagai file dokumen. kamu hanya aktifkan akaun Google pada browser dan
kamu sudah dapat menggunakan Google Docs ini. Bukan sahaja melihat file dokumen
tetapi Google Docs ini dapat digunakan untuk mengedit file dokumen tersebut.
Untuk melakukan convert file dokumen
ke PDF biasanya kita memerlukan sebuah aplikasi khas. Aplikasi ini umumnya juga
hanya boleh dilakukan pada PC sahaja dan ukurannya sangat besar. Oleh itu,
dengan adanya Google Docs ini, kita tidak perlu memasang aplikasi tertentu
hanya untuk melakukan convert. Google Docs ini juga termasuk ke dalam cara
convert word ke PDF tanpa software. Kita hanya perlu memunggah file dokumen yang diinginkan.
Setelah itu, bukalah file dokumennya lalu klik “File” lalu pilih “Save As” jika
kamu menggunakan Google docs pada Andoroid. Sedangkan jika kamu menggunakan PC,
klik “File” dan pilih “Download as PDF Document (*pdf)”. Secara terus, file
dokumen akan bertukar menjadi file PDF.
Kita dapat mengetahui cara merubah
file JPG ke PDF di Android dan komputer tanpa memasang aplikasi. Cara untuk
melakukannya pun sangat mudah. Pertama-tama kita perlu masukan gambar ke
Aplikasi Microsoft Word atau sejenisnya. Setelah itu, simpan fail tersebut dan
beri nama sesuai dengan keperluan. Seterusnya adalah buka Google Docs pada
browser lalu muat naik file word tadi. Kemudian, buka file word yang sudah
dimuat naik sebelumnya dan Download sebagai PDF seperti cara kedua dan ketiga.
Fungsi
Google Docs ini adalah terdapat ciri-ciri pemeriksa ejaan. Dengan adanya ciri
pemeriksa ejaan ini. Anda tidak perlu risau jika ada perkataan yang tidak
sesuai dengan Ejaan Yang Dibetulkan.
Cara sangat mudah. Itulah fungsi Google Docs yang sebaiknya anda ketahui. Boleh
dikatakan dengan adanya Google Docs, Kita tidak perlu risau untuk melakukan
pengeditan atau melihat fail-fail dokumen di komputer maupun di Android dan
yang penting adalah dengan adanya akses internet, maka anda sudah dapat menggunakan
Google Docs ini.
Aplikasi google docs ini adalah percuma dan tidak
memerlukan sebarang caj bagi penggunaan. Ia adalah sesuatu yang mudah dan
segala maklumat disimpan secara automatik tanpa menekan butang
➽ NOTA DAN LATIHAN DALAM GOOGLE DOCS.
👀 BUKTI LAMPIRAN GAMBAR- GAMBAR GOOGLE DOCS