Sunday 9 December 2018

Alat Artikulasi


Alat Artikulasi Bahasa Melayu STPM Kertas 1 (910/1)

1.       PENGENALAN
· Setiap kali bertutur, kita menghasilkan bunyi perkataan, yang dipanggil bunyi bahasa.
· Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat yang terdapat pada diri manusia, dikenali sebagai alat artikulasi, alat sebutan/penyebutan, alat pertuturan, atau organ pertuturan.

2.       KONSEP ALAT ARTIKULASI
· Alat artikulasi ialah alat yang terlibat dalam proses pertuturan manusia.
· Terdapat alat artikulasi yang berperanan lain selain untuk bertutur, iaitu untuk makan (bibir, gigi, dan lidah), dan bernafas (paru-paru).
· Masalah atau kerosakan pada alat artikulasi boleh mengganggu penyebutan seperti wujudnya kelainan bunyi.


3.        JENIS ALAT ARTIKULASI

(a)    Pengeluar
· Pengeluar atau artikulator = alat sebutan yang dapat digerak-gerakkan dan diletakkan pada beberapa kedudukan. Pengeluar Fungsi Bibir bawah Dapat bergerak ke bibir atas Gigi bawah Dapat bergerak ke gigi atas Lidah Dapat naik dan turun di dalam rongga mulut Lelangit lembut Dapat bergerak ke atas dan ke bawah Anak tekak Dapat bergerak ke arah dinding tekak Pita suara Dapat terbuka atau tertutup semasa udara melaluinya

(b)    Daerah Pengeluaran
· Daerah pengeluaran dikenali juga sebagai titik artikulasi atau daerah artikulasi = tempat yang tetap atau statik
· Kebanyakan alat ini terletak di bahagian sebelah atas rongga mulut.

  FONOLOGI: ALAT ARTIKULASI

 · Dikenali sebagai titik atau daerah kerana menjadi tempat pertemuan/persentuhan dengan pengeluar dalam proses pengeluaran bunyi bahasa. Titik Artikulasi Fungsi Bibir atas Tempat persentuhan dengan bibir bawah Gigi atas Tempat persentuhan dengan gigi dan bibir bawah Gusi atas Tempat persentuhan dengan hujung / depan lidah Lelangit keras Tempat persentuhan dengan tengah lidah Peti suara Tempat terletaknya pita suara (c) Rongga Pertuturan
· Rongga pertuturan = ruang laluan udara yang datangnya dari paru-paru dalam proses menghasilkan bunyi Bahasa
 · Terdapat tiga rongga – rongga tekak, rongga mulut, dan rongga hidung.



4. HURAIAN TENTANG ALAT ARTIKULASI


                 (a) Bibir
                  · Bibir ialah otot-otot kenyal yang terletak di luar rongga mulut.
                  · Manusia mempunyai dua bibir, tetapi bibir bawah sahaja yang boleh bergerak -                                     dirapatkan ke bibir atas.
                  · Apabila dua bibir dihamparkan dan dibundarkan, terhasillah bunyi vokal.
                  · Sekiranya bibir dirapatkan dan direnggangkan serta-merta, terhasil pula bunyi konsonan                      letupan bibir [p] dan [b], konsonan sengau dua bibir [m], dan konsonan separuh vokal                          [w].
1.      
                         (b) Lidah
· Lidah alat pertuturan yang paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
· Lidah dibahagikan kepada empat bahagian: · hujung lidah · depan lidah · tengah lidah · belakang lidah.
· Hujung lidah bahagian yang paling aktif dan bebas –
 · dapat diangkat ke gigi dan gusi atas, lelangit lembut dan lelangit keras
 · dapat membuat penyekatan tertentu, yang membolehkan bunyi konsonan dihasilkan. · Bahagian depan, tengah dan belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi vokal dan konsonan.

      (c)     Lelangit.
· Lelangit terdiri daripada lelangit keras dan lelangit lembut.
· Lelangit keras:
· Bermula dari sempadan gusi di bahagian atas hadapan rongga mulut, berbentuk melengkung, dan bertentangan dengan depan lidah.
· Lelangit keras menerima kehadiran bahagian tengah lidah untuk menghasilkan bunyi konsonan lelangit keras, iaitu letusan [č] dan [ĵ], sengauan [ ɲ], geseran [š], dan separuh vokal [y].
· Lelangit lembut:
· Bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut, iaitu bersempadan dengan anak tekak.
· Lelangit lembut dapat digerakkan, iaitu dinaikkan atau diturunkan.
· Apabila lelangit lembut dinaikkan dari bahagian belakang lidah, rongga mulut terbuka dan rongga hidung tertutup, akan terhasillah bunyi letupan [k] dan [g], dan geseran [x] dan [ɤ].
· Apabila lelangit lembut diturunkan hingga menyentuh bahagian belakang lidah, rongga hidung terbuka dan rongga mulut tertutup, menghasilkan bunyi konsonan lelangit lembut, iaitu sengauan [ŋ].

      (d)    Anak tekak
· Anak tekak terletak berhampiran rongga tekak, bersempadan dengan lelangit lembut. · Dapat digerak-gerakkan ke atas dan ke bawah.
· Sekiranya alat ini diturunkan, rongga mulut tertutup dan rongga hidung terbuka.
· Sekiranya anak tekak dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak, rongga hidung akan ditutup.
· Pergerakan anak tekak hampir serentak dengan lelangit lembut tetapi fungsinya berlawanan:
· Apabila lelangit lembut menutup rongga mulut, anak tekak turun untuk membuka rongga hidung
· Ketika lelangit lembut membuka rongga mulut, anak tekak naik untuk menutup rongga hidung.

      (e)    Gigi
· Gigi terletak selepas bibir di dalam rongga mulut.
· Bersama-sama dengan gusi selalunya digunakan sebagai penampan aliran udara, khususnya dengan hujung lidah.
· Gigi terdiri daripada gigi atas dan gigi bawah.
· Gigi bawah boleh digerakkan, tetapi gigi atas statik.
· Gigi bawah dan gigi atas mengapit hujung lidah ketika penghasilan bunyi konsonan geseran [θ]dan [ð].
· Gigi atas berinteraksi dengan bibir bawah untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran bibir-gigi [f] dan [v].

      (f)      Gusi
· Gusi berfungsi memegang gigi, terletak selepas gigi atas dan sebelum lelangit keras.
· Beberapa bunyi konsonan terhasil daripada interaksi gusi dengan hujung lidah, iaitu sisian [l], geseran [s] dan [z], letupan [t] dan [d], konsonan sengau [n] dan getaran [r].

      (g)    Peti Suara dan Pita Suara
· Peti suara = struktur otot rawan yang terletak di bahagian atas rongga tekak, berhampiran dengan halkum.
· Di dalam peti suara ini terletak pita suara, iaitu sepasang otot yang boleh direnggangkan dan disempitkan.
· Ruang di antara dua otot ini dipanggil glotis, iaitu bahagian yang mengawal arus udara.
· Suara terhasil apabila pita suara atau glotis disempitkan dan bahagian tepinya bergetar; manakala bisikan terjadi apabila glotis disempitkan dan kemudiannya ditegangkan untuk menahan berlakunya getaran.
· Pita suara berfungsi menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara. Apabila pita suara bergetar, terhasillah bunyi bersuara, dan sebaliknya.
· Pita suara juga dipanggil “glotal”, yang boleh menghasilkan bunyi konsonan letupan glotis [ʔ] dan geseran [h].

      (h)    Rongga Hidung
· Rongga hidung terletak di atas rongga mulut.
· Rongga ini boleh dibuka dan ditutup oleh anak tekak.
· Sekiranya rongga hidung ini terbuka, arus udara yang melaluinya dan keluar melalui lubang hidung akan menghasilkan bunyi konsonan sengau serta vokal [a] dan [i] sengau. 

(i) Rongga Tekak
· Rongga tekak terletak di bawah rongga hidung, dan bersambung dengan rongga mulut.
· Udara dari paru-paru melalui rongga ini sebelum masuk sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. 

(j) Rongga Mulut
· Rongga mulut memuatkan banyak alat artikulasi – gigi, gusi, lelangit lembut dan lelangit keras, anak tekak, dan lidah.
· Rongga mulut dibuka apabila belakang lidah diturunkan daripada lelangit lembut, dan sebaliknya ditutup apabila belakang lidah menyentuh lelangit lembut.

                  (k) Alat lain:
· Dinding Tekak – sempadan di bahagian belakang rongga tekak; laluan udara sebelum masuk ke rongga mulut atau ke rongga hidung
· Paru-paru – dari sini datangnya udara yang keluar semasa penutur menghembuskan nafas melalui rongga hidung.

Gambar rajah: Kedudukan alat artikulasi Bibir bawah Bibir atas Pita suara Gigi bawah Lidah Lelangit keras Gigi atas Lelangit lembut Anak tekak Gusi atas Rongga mulut Rongga tekak Rongga hidung Dinding tekak








Fonologi


 Fonologi: Konsep Bahasa Melayu STPM Kertas 1 (910/1)

1.       FONOLOGI

· Cabang ilmu bahasa atau kajian bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
· Fonologi terdiri daripada fonetik dan fonemik.

1.1   Fonetik:
· bidang yang mengkaji bunyi bahasa dan memberikan lambang kepada bunyi bahasa tersebut
· Fonetik terbahagi kepada tiga cabang:
· Fonetik artikulasi / penyebutan = meneliti cara bunyi bahasa dihasilkan
· Fonetik pendengaran = mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa dengan menggunakan alat-alat yang canggih, dan membuat deskripsi.
· Fonetik akustik / sifat bunyi = mengkaji sifat-sifat fizikal pada bunyi bahasa, dan membuat klasifikasi, dengan menggunakan alat-alat tertentu, antaranya palatogram.

1.2   Fonemik:
 · cabang fonologi yang menganalisis sistem sesuatu bahasa, untuk mengenal pasti fonem dan menghasilkan tulisan atau ejaan untuk bahasa berkenaan.

2.        KONSEP BUNYI

· Bunyi ialah gelombang udara yang keluar daripada saluran suara.
· Bunyi yang dimaksudkan ialah bunyi bahasa/ bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia ketika berkata-kata.
· Bunyi bahasa diujarkan dalam bentuk berentetan atau tidak putus, tetapi dalam kajian fonologi, bunyi tersebut dipecahkan menjadi unit kecil – dipanggil fon atau bunyi penggalan – untuk memudahkan pemahaman.
· Bunyi yang terhasil bukan ketika berkata-kata, walaupun melibatkan alat pertuturan, tidak temasuk sebagai bunyi bahasa, seperti berdeham, bersih, batuk, atau berdengkur.
· Dalam kata lain, bunyi bahasa ialah sebutan bunyi huruf yang keluar ketika manusia bercakap. Contohnya, ketika menyebut perkataan cantik, yang terhasil ialah enam bunyi bahasa, iaitu [c], [a], [n], [t], [i], [k].
· Bunyi bahasa terdiri daripada vokal, konsonan dan diftong.


 FONOLOGI: KONSEP DALAM FONOLOGI

3.        KONSEP FONEM

· Fonem merupakan unit bahasa terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa dan dapat membezakan makna.
· Fonem membezakan makna kerana wujudnya perbezaan bunyi antara dua fornem yang berlainan. Dengan fonem yang berbeza, maknanya turut berbeza.
· Terdapat fonem yang mempunyai alofon = anggota lain fonem yang ciri fonetiknya sama tetapi bunyinya agak berlainan apabila hadir pada lokasi yang berbeza. Perbezaan wujud antara yang hadir pada permulaan suku kata dengan yang menjadi penutup suku kata. Antara contohnya ialah Fonem dan kedudukannya Perbezaan bunyi b d j m baru labu dua indah jual laju malu lama Dihasilkan atau dilepaskan dengan sempurna, hablur maktab tadbir had majmuk buruj tampi kelam Dihasilkan atau dilepaskan dengan tidak sempurna – tertahan atau tersekat
· Sebagai unit terkecil, fonem tidak dapat dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil. Contohnya, perkataan satu boleh dipecahkan kepada fonem – s, a, t, dan u, tetapi setiap fonem itu sudah tidak boleh dipecahkan lagi.
· Secara mudah, fonem ialah bunyi yang dihasilkan ketika manusia bertutur.

4.       KONSEP HURUF

· Huruf ialah kod, tanda, atau lambang dalam tulisan yang digunakan oleh manusia untuk menggambarkan sesuatu fonem atau bunyi yang dihasilkan oleh alat pertuturan.
· Dalam sistem tulisan Rumi bahasa Melayu, terdapat 26 huruf, iaitu 5 huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Huruf Fonem Bunyi Simbol Nama (sebutan) A a e /a/ [a] B b bi /b/ [b] C c si /c/ [c] D d di /d/ [d] E e i /e/ [e] F f ef /f/ [f]

Konsep fonologi

G g ji /g/ [g]                      H h ec /h/ [h]               I i ai /i/ [i]             J j je /j/ [j]              K k ke /k/ [k] L l el /l/ [l]                    M m em /m/ [m]           N n en /n/ [n]          O o o /o/ [o]             P p pi /p/ [p] Q q kiu /q/ [k]                  R r ar /r/ [r]                  S s es /s/ [s]            T t ti /t/ [t]             U u yu /u/ [u] V v vi /v/ [v]               W w dabliu /w/ [w]        X x eks /z/ [z]          Y y wai /y/ [y]        Z z zet /z/ [z]

· Huruf Rumi bahasa Melayu wujud dalam empat keadaan, sebagaimana yang berikut:
· Satu huruf melambangkan satu bunyi atau fonem, iaitu a hingga z seperti dalam jadual di atas.
· Kecualian: Huruf e melambangkan dua fonem mulai 1972, iaitu e taling (e) dan e pepet (ǝ). 
· Gabungan dua huruf konsonan untuk satu bunyi, umpamanya bunyi asli ng dan ny, dan bunyi pinjaman gh, sy dan kh.
· Gabungan dua huruf vokal untuk menghasilkan bunyi geluncuran, iaitu ai, au dan oi. Huruf Fonem Bunyi ng /ng/ [ ŋ ] ny /ny/ [ ɲ ] gh /gh/ [ ɣ ] kh /kh/ [ x] sy /sy/ [ š] ai /ai/ [ai] au /au/ [au] oi /oi/ [ oi]

5.        KONSEP SUKU KATA

· Suku kata ialah bahagian atau pecahan perkataan yang ditandai oleh kehadiran satu vokal (V). 
· Vokal itu boleh wujud dalam dua keadaan:
         1.  Bersendirian – boleh berfungsi sebagai satu suku kata, seperti pada perkataan a-ku, fa-edah, du-a, dan sebagainya.
         2. Bersama-sama dengan konsonan (K), sama ada mendahului konsonan, mengikuti konsonan atau diapit oleh dua konsonan.

 · Dari segi ejaan, terdapat sebelas pola suku kata bahasa Melayu. Pola Contoh
(1) V i-gau; e-mas da-e-rah di-a
(2) VK as-rama kelu-ar-ga bu-ih
(3) KV jo-ran; se-kat lem-ba-yung jan-ji
(4) KVK sam-pai - ce-lup
(5) KKV pro-ses - in-dus-tri
(6) KKVK trak-tor - e-lek-tron
(7) VKK eks-port - -
(8) KVKK bank - kon-teks
(9) KKVKK - - kom-pleks
(10) KKKV stra-tegi - -
(11) KKKVK struk-tur - -

· Pola (1) hingga (4) merupakan pola umum yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Melayu.
· Pola (5) hingga (11) mengandungi huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan, dipinjam daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain.
· Empat pola merupakan pola suku kata terbuka (V, KV, KKV, dan KKKV) ialah pola yang diakhiri oleh huruf vokal
· Tujuh pola lain ialah suku kata tertutup = suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan.

Tuesday 4 December 2018

asal usul dan salahsilah melayu


Asal usul Bahasa melayu

Rumpun Bahasa Melayu.

                 Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.  Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
 

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Molo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644645    Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu. 
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama ITsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 



Salahsilah Bahasa Melayu

1.Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. 






1. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersamasama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). 
 2.Bahasa Melayu termasuk dalam bahasabahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
3. Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ) ملايو ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. 
4. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.
5.Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.  
6.Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasabahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara.
7.Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.
8.Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia. 
9.Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. 
10.Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. 
11.Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh pendudukpenduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
12.Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. 
13. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. 
14. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. 

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...