Tuesday 20 November 2018

konsep "melayu"




Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu 

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.


1.1 KONSEP ISTILAH MELAYU

(a) Definisi Awal

·Pada awalnya, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau tempat/kawasan.

·M. Ptolemy (100-150 M), dalam karyanya, Geographike Sintaxis,menggunakan istilah maleu-kolon, dipercayai daripada perkataan Sanskrit (malayakolam

atau malaikurram), merujuk kepada tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

·Purana (kitab Hindu purba), menggunakan istilah Malayadvipa, merujuk kepada pulau Sumatera.

·Tulisan China pada zaman Dinasti Tang (644-645 M), menggunakan istilah Mo-lo-yeu kepada kerajaan di Jambi (di selatan Sumatera) mempersembahkan hasil bumi kepada k aisar China,mungkin digunakan kepada suku-suku di daerah Tanah Melayu.

·I-Tsing (rahib Buddha dari China, 675-685M), menggunakan perkataan Mo-lo-yu kepada kerajaan Melayu di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang yang pernah dilawatinya.

·Pengembara China mencatatkan bahawa bahasa yang digunakan di Sumatera ialah K’un-lun, dipercayai merujuk kepada bahasa Melayu kuno.

·Perkataan Malayu tertulis di belakang patung (1286 M) yang ditemukan

di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari, selatan Sumatera.

·Istilah Melayumenjadi terkenal apabila kerajaan Melayu di Sumatera berjaya menguasai kerajaan Sriwijaya pada abad ke-13.

·Beberapa buah buku catatan orang China seperti Dang Si Yu Chiu Fia Kao Cheng Zhuan dan Han Nan Chi Guai Nun Fa Zhuanmenggunakan perkataan Mo Lou Yu.;

1.   Chen Chung Shin dalam buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi

(“Negeri-Negeri di Asia Tenggara”) menyebut bahawa orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat nama daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapiorang Cina ketika itu menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yudan Ma La Yu.

2.   Perkataan Wu Lai Yupula terdapat dalam buku Hai Lu Chu dan Zheng He Hang Hai Tu.

·Van der Tuuk mengertikan Melayu sebagai “penyeberang”, kerana orang Melayu didapati menyeberang atau menukar agama daripada Hindu-Buddha kepada Islam.

·Hollander mengatakan bahawa Melayuhampir sama erti dengan “pengembara”, kerana orang Melayu suka menjelajah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Di sediakan oleh : Cikgu Fariz

Thursday 1 November 2018

Rancangan pembelajaran harian




RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN





NAMA: MOHD AIDIL FARIZ BIN JALILUL

TINGKATAN/ KELAS: 6 BESTARI ( 6 ATAS)

SUBJEK : BAHASA MELAYU (SEJARAH MELAYU)









TARIKH: 10 JANUARI 2019                               MASA: 8:30 – 10:30 PAGI

HARI: KHAMIS                                                   JANGKA MASA: 2 JAM

KELAS: 6 BESTARI (ATAS)

TAJUK: ASAL USUL KEDATANGAN BAHASA MELAYU





OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.     Memastikan pelajar mengetahui asal usul Bahasa melayu.

2.     Memastikan pelajar dapat memberikan bukti kedatangan melayu.

3.     Memastikan pelajar dapat menghuraikan dengan lengkap tentang asal usul sejarah Bahasa melayu.





HASIL PEMBELAJARAN

1.     Pelajar dapat menerangkan asal usul kedatangan Bahasa melayu.

2.     Pelajar mencari bukti Bahasa melayu itu wujud sebelum masihi.

3.     Membahagikan setiap kelompok yang wujud zaman dahulu.

4.     Pelajar dapat menerangkan secara teliti tentang kewujudan Bahasa melayu.



PENGETAHUAN/PENGALAMAN:

Bahasa melayu sebagai Bahasa komunikasi, binaan ayat dan perkataan Bahasa melayu, penggunaan Bahasa mengikut hukum tatabahasa.





ALAT BANTU MENGAJAR GURU:

Laptop, buku teks, peta, aplikasi google, slide, dan peta minda (carta).




LANGKAH
(MASA)
KANDUNGAN AKTIVITI ALAT BANTU MENGAJAR CATATAN
30 MINIT Pengetahuan terhadap Bahasa melayu -Imbas kembali pengetahuan pelajar terhadap pengetahuan Bahasa melayu Pelajar memberikan pendapat mereka terhadap Bahasa melayu.
45 MINIT Penerangan asal usul kedatangan Bahasa melayu. Menerokai / meneliti sejarah perkembangan Bahasa melayu.
1.     Sej. Bahasa Melayu
2.     Keturunan Bahasa melayu.
3.     Bahasa melayu kuno, Melayu klasik, Melayu moden
1.     Laptop
2.     Peta
3.     Slide
4.     Aplikasi google.
5.     Buku rujukan.
Penerangan guru terhadap Sejarah Bahasa melayu, Bukti Bahasa Melayu.
35 MINIT Bukti-Bukti tentang asal usul kedatangan melayu.
1.     Memberikan bukti-bukti tentang penggunaan Bahasa Melayu.
2.     Latihan tentang Bukti kewujudan Bahasa Melayu
1.     Laptop.
2.     Aplikasi google
3.     Buku rujukan
Penerangan dan latihan terhadap pemahaman pelajar tentang asal Usul kedatangan Bahasa melayu.
10 MINIT Refleksi Meneliti terhadap kefahaman pelajar mengenai pembelajaran hari ini.
1.     Kertas kerja
Penilaian terhadap pelajar.





MURID YANG DINILAI:





PENILAIAN KENDIRI:





PENILAIAN GURU PEMERHATI:









APLIKASI TEKNOLOGI DALAM BM (google Docs)

APA ITU GOOGLE DOCS???? A. LATAR BELAKANG GOOGLE DOCS.                                     Google Docs merupakan sebuah web ya...